Posts

Bengkel Penulis Upahan (The Ghost Writer)

Image
BELAJAR MENULIS DAN MENJADI PENDAPATAN SEBAGAI GHOSTWRITER Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera. Saya Puan Diana, penulis bebas yang buat kerja dari rumah.  Awal Mac lalu, saya berbual-bual dengan sahabat saya seorang Ghostwriter atau saya namakan sahaja panggilannya Penulis Upahan.  Pada usia 36 tahun dia mengaku agak lambat bermula sebagai penulis upahan. Ialah sudah bertahun kerja pagi balik petang pendapatan bulanan paling tinggi mencecah RM2000 sebulan.  Alhamdulillah dapat juga tampung perbelanjaan suami.  "Dia perempuan?"  Ya. Ibu kepada 3 orang anak ini memulakan kerjaya separuh masa sebagai penulis upahan sejak tahun 2015. Wah! Saya juga perempuan. Berimpian bekerja di rumah dan menjana pendapatan. Paling best bila saya tengok dia graduan Kejuruteraan tapi boleh pula berjaya dalam bidang penulisan. Jadi lebih lagilah saya. Saya graduan Kewartawanan di UiTM dulu. Lebih RM20 ribu perbelanjaan pengaj